Friday, 27 January 2012


Dari sahabat kepada sahabat or dari seseorang utk seseorang :)

"Aku menangis bukan bermakna aku lemah, aku menangis kerana dah terlalu lama 

bertahan dan bertabah." 

** hanya secebis nota yg diterbangkan angin **

Saturday, 24 December 2011

Pesanan Imam al-Ghazali Tentang Kawan


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
     http://wanwma.com/kartun-islam/pesanan-imam-al-ghazali-tentang-kawan/

Thursday, 17 November 2011

Khas Daripada Hilal Asyraf: Hubungan Kita Dengan Allah.


Assalamu’alaikum warahmatullahi waborokatuh.

                Apa khabar anda?

                Semoga anda berada dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT.

                Sesungguhnya saya memuji Allah SWT atas peluang dan ruang yang masih Dia berikan kepada kita, peluang kehidupan yang diteruskan tanda bahawa Allah SWT masih cinta. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita satu persoalan:

                “Kalau mati semalam bagaimana?”

                Ya. Apakah jawapan kepada soalan itu?

                Apakah jawapan?

                Hanya diri kita sendiri tahu untuk diri kita. Kerana kita tahu apa yang kita telah lakukan.

                Dan saya yakin, syurga bukanlah jawapan. Kerana kita hambaNya yang alpa, lalai, dan banyak dosa. Maka jika syurgaNya bukan jawapan kepada persoalan tadi, nyata tindakan Allah SWT menghidupkan kita pada hari ini adalah tanda Dia masih cinta.

                Rasa berdosa di dalam jiwa, itu juga tanda Dia masih cinta.

                Maka muncul satu lagi persoalan.

                Bagaimana pula kita dalam membalas kasih dan cintaNya ini?

                Ya.

                Mari kita duduk renung sejenak pada hari baru yang Allah SWT berikan kepada kita. Hari ini. Ya. Saat anda sedang membaca email ini, dan saya yang sedang menulis ini mengajak diri saya, mari kita muhasabah. Hari ini dengan apakah hendak kita isi?

                Setelah Allah bangunkan kita, setelah Allah beri lagi peluang kepada kita, maka hari ini apa yang hendak kita lakukan?

                Bukankah teramat kurang ajar jika hari baru ini sekadar kita isi dengan dosa-dosa semalam, pengulangan keingkaran lalu, dan terus-terusan berkeras untuk tidak tunduk kepadaNya?

                Mengapakah kita tidak mula merancang, bergerak untuk berubah, walaupun sedikit, bermula hari ini?

                Ya. Kadangkala kita terlupa akan sikap kita, perangai kita, akhlak kita dengan Allah SWT.

                Sedangkan Dialah yang hendak memberikan syurga dan neraka kepada kita.

                Dialah yang menghitung amalan kita.

                Dialah yang menentukan hidup dan mati kita.

                Maka bagaimanakah hubungan kita denganNya?

                Bagaimana solat kita?

                Bagaimana Al-Quran kita?

                Bagaimana penjagaan kita terhadap hukum-hakamNya, perintah dan laranganNya dalam seharian kehidupan kita?

                Apakah hari baru ini, hari ini, kita sekadar mengulang kesilapan yang sama? Atau kita memilih untuk berubah?

                Email ini memberikan peringatan ini. Sementara kita masih ada nyawa, dan matahari belum terbit dari barat. Agar kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi di akhirat.

                Semoga kita terus menjadi yang lebih baik hari demi hari.

                Menjadi hamba Ilahi Yang Sejati!


~ Saudara kalian,

Hilal Asyraf.

Thursday, 3 November 2011

KERANA DIA ADALAH SAHABAT



Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
Walau yang mencarinya adalah aku,
Maka dia adalah hadiah,
Mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan.

Kerana dia adalah sahabat,
Maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
Itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
Aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
Aku akan segera bangkit agar dia tidak ku susahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
Dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
Maka aku hormati kekurangan yang ada,
Dan aku besar-besarkan kelebihannya.

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
Mengekstensi hingga ke syurga nanti.

Kerana dia adalah sahabat,
Mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.

~ Hilal Asyraf ~

Mujahadah Seorang Mujahidah

Tidak ku nafikan, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.

Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan 

diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk 

menerima hati dan perasaanku yang suci.

Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.


Tuesday, 1 November 2011

Bukan Hati Yang Pernah Menjadi Labuhan Lelaki Lain


“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?

Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

“Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!

Tuesday, 25 October 2011

.....y0u.....


I just want ...............
Being around.........
Smiling with..........
Sipping, drinking, talking and laughing.....

Crying, Sharing, Thinking with......
Inspiration and dreams....
Share it with.........

Stay with me,
Hold my hand.....

Dream with me....
to....
Never Land........

ps/ brighten up my day...show me the way....
so much in me i just want to say.....under the moon... i wish to stay.... but the silence.... it doesnt make my day.... ill just continue to pray, that this feeling.... wont ever stay? Or maybe one day...... My skies will no longer be gray....:)